Kelas STEM – Kapal Terbang Straw dan Struktur Binaan

4 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mac 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di bilik latihan NaDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang peserta.

Kelas STEM pada kali ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Untuk sesi yang pertama para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM - Kapal Terbang Straw. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki menonton sebuah video pendek tentang cara-cara untuk mencipta sebuah kapal terbang dengan menggunakan kertas warna, gunting, pita pelekat dan straw.

Untuk sesi yang kedua pula, para peserta telah diperkenalkan dengan aktiviti STEM – Struktur Binaan. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki menonton sebuah video pendek tentang cara-cara membina pelbagai jenis struktur binaan dengan menggunakan peralatan ringkas seperti pencukil gigi dan tanah liat.

Semua bahan yang diggunakan semasa aktiviti STEM pada kali ini, telah disediakan oleh pihak NaDi Kg Jeriah. Di akhir setiap sesi, semua peserta telah berjaya membina Kapal Terbang Straw dan Struktur Binaan yang mampu berfungsi dengan baik.

Semoga kelas STEM ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta khususnya dalam meningkatkan tahap kreativiti mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali